Saturday, May 10, 2008

Rules & Regulations

Hey Tutti Family ! In Tutti, one of the most important things to us is DISCIPLINE ... Do your part , read these basic rules and make sure you practice them...a true tuti member has to be a disciplined one :-)


Peraturan Asas Kem Tutti Fratelli 2008

Peraturan-peraturan Am

1. Semua peserta hendaklah menghormati dan menurut perintah kem komandan dan AJK penganjur.
2. Para peserta hendaklah mengikuti semua aktiviti perkhemahan kecuali atas sebab-sebab tertentu. (dapatkan kebenaran Kem Kom dahulu)
3. Ketepatan masa amat dititikberatkan di dalam perkhemahan ini. Semua peserta harus berada ditempat perhimpunan 5 minit sebelum aktiviti dimulakan.
4. Peserta harus memakai kasut dengan berstokin sepanjang perkhemahan. Selipar hanya dibenarkan pada waktu mandi atau tidur sahaja.
5. Peserta harus melaporkan segala kerosakan peralatan kem dan juga kecederaan atau kemalangan yang berlaku kepada AJK penganjur.
6. Setiap peserta mestilah bersedia menghadapi sebarang tekanan atau cabaran pada bila-bila masa.
7. Peserta digalakan memakai pakaian berkolar atau yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Cara permakaian harus sentiasa kemas dan pakaian yang menjolok mata dilarang sama sekali.
8. Peserta dilarang keras berkomunikasi dengan orang luar semasa perkhemahan.
9. Peserta dilarang meninggalkan kawasan perkhemahan kecuali mendapat kebenaran daripada kem komandan.
10. Dilarang membuat bising dan merayau-rayau pada waktu malam.
11. Dilarang membuang sampah merata-rata. Sampah sarap harus dibuang ke dalam tempat yang telah disediakan.
12. Rambut dan kuku haruslah pendek dan bersih.
13. Dilarang membawa makanan dan minuman ringan seperti Twisties, Coke dan lain-lain. Minuman keras dilarang sama sekali di kawasan perkhemahan.
14. Tuturcara, tatatertib dan tingkah laku haruslah dijaga pada setiap masa.
15. Segala barang keperluan persendirian dan kumpulan adalah tanggungjawab individu dan kumpulan sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan dan kehilangan sekiranya berlaku.

Tempat Penginapan

1. Peserta lelaki tidak dibenarkan berada di kawasan perkhemahan peserta perempuan dan sebaliknya. (dilarang keras!!!)
2. Kebersihan kawasan perkhemahan adalah tanggungjawab para peserta pada setiap masa.
3. Jika berlaku sebarang kecemasan, sila laporkan kepada Pegawai Keselamatan atau AJK penganjur dengan segera.
4. “Spot Check” akan dijalankan pada bila-bila masa.
5. Pembahagian tapak akan dijalankan oleh AJK penganjur.
6. Peserta tidak dibenarkan membawa orang luar masuk ke dalam kawasan perkhemahan.
7. *Segala aktiviti akan dihentikan pada 12.15a.m. dan semua peserta dikehendaki masuk ke kawasan penginapan masing-masing.

*akan berubah mengikut keadaan


Semasa Bertugas Malam

1. Sesiapa yang bertugas harus melaporkan diri kepada Pegawai Keselamatan 5 minit lebih awal.
2. Barang keperluan seperti lampu suluh dan wisel harus dibawa bersama semasa bertugas.
3. Petugas harus sentiasa berwaspada pada kawasan sekeliling. Wisel hanya dibunyi jika berlaku kecemasan atau kekacauan.
4. Petugas tidak dibenarkan tidur semasa bertugas.
5. Dilarang menyuluh lampu suluh sesuka hati.
6. Petugas harus bertugas mengikut jadual yang telah disediakan.

Peserta Dilarang Keras

1. *Merokok semasa perkhemahan.
2. Memakai barangan emas aksessori seperti cincin, anting-anting dan lain-lain.
3. Memakai pakaian yang menjolok mata seperti seluar pendek, singlet, “baby T” dan lain-lain.
4. *Berdua-duaan (lelaki dan perempuan) di mana-mana tempat pada bila-bila masa.
5. *Bergaduh antara satu sama lain.
6. *Mengelurkan kata-kata lucah.
7. *Berjudi semasa perkhemahan.
8. Membawa peralatan merbahaya ke dalam kawasan perkhemahan kecuali mendapat kebenaran.
9. Membawa alat-alat elektrik seperti “walkman”, “handphone”, dan lain-lain.

*Jika peserta didapati bersalah, tindakan disiplin keras akan diambil.

No comments: